Yahoo Messenger News

Politik
News Update :

Selasa, 22 April 2014

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada terlibat dalam pemberian satu geran R&D Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (Mosti), bernilai RM100 juta kepada sebuah syarikat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau mempunyai bukti berupa surat kelulusan dari Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin kepada NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd untuk pembangunan "gasifier steam boiler plant" iaitu sebuah projek komersil.

Surat kelulusan itu merujuk kepada surat daripada Pejabat Perdana Menteri yang bertarikh 21 November, 2013 selepas syarikat terbabit menulis surat permohonan kepada Najib selaku perdana menteri pada 15 November, 2013.

Beliau berkata, pemberian geran untuk perojek komersil dengan jumlah dana rakyat sebanyak RM100 juta itu bertentangan dengan prosedur biasa.

Ini kerana geran maksima yang dilaporkan bagi satu projek (mengikut Laporan Tahunan MOSTI) ialah sebanyak RM2 juta dibawah Technology Acquisition Fund (TAF).

Malah kata beliau, geran R&D diberikan adalah bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, bukannya untuk satu projek komersil yang melibatkan dana ratusan juta.

"Ini adalah salah satu geran yang terbesar pernah diberikan. Dibawah skim geran R&D Mosti hasil campur tangan perdana menteri sendiri yang membayangkan ia tidak mengikuti prosedur," katanya Rafizi.

Mengulas lanjut beliau berkata, jika syarikat ini diberikan geran sedemikian rupa besarnya iaitu RM100 juta, apakah MOSTI bersedia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat lain yang mengusahakan projek komersil seumpama itu atau terlibat di dalam industri teknologi juga boleh memohon geran untuk membiayai projek-projek mereka?

Menurut Rafizi, oleh kerana jumlah RM100 juta yang diberika ini adalah dalam bentuk geran, maka NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd mungkin tidak perlu membayar balik satu sen pun kepada kerajaan. 

"Kita telah menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC (bukannya geran) pun tidak dibayar balik kepada kerajaan, apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan sebagai geran.

"Ini hanyalah satu projek yang menunjukkan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan memberi arahan kepada MOSTI agar geran RM100 juta diberikan kepada sebuah projek komersil. 

"Kita tidak tahu berapa banyak lagi campur tangan dan arahan seperti ini yang dibuat oleh beliau selama ini kerana peruntukan geran R&D adalah besar iaitu sebanyak RM1.1 bilion," katanya sambil mendakwa mempunyai beberapa lagi dokumen lengkap.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/27290-ada-bukti-campurtangan-pm-dalam-geran-rm100-juta
Share this Article on :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© Copyright Fatamorgana Cyber 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.