Yahoo Messenger News

Politik
News Update :

Taniah Kerajaan Selangor lulus RM500 ribu untuk mangsa ISA

Sabtu, 12 April 2014

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meluluskan RM500 ribu kepada Yayasan ISA bagi membantu mangsa-mangsa tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perkara tersebut diputuskan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika penggulungan titah Sultan Selangor di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) petang ini.

Beliau yang ditemui sejurus selesai persidangan memberitahu Yayasan tersebut dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wah Ismail.

"Hari ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500 ribu sebagai pusingan awal kepada tabung Yayasan ISA.

"Penubuhan yaysan ini adalah mengambil kira kepada penderitaan yang dihadapi oleh keluarga-keluarga mangsa ISA yang kehilangan sumber pendapatan akibat daripada penahanan ISA," jelasnya.

Tambah beliau, yayasan tersebut dalam peringkat pendaftaran dan tujuan utama penubuhannya adalah untuk mengumpul dana-dana bagi membantu keluarga mangsa ISA.

"Idea penubuhan yayasan ini apabila saya bersama Wan Azizah telah menghadiri satu perjumpaan dengan jawatankuasa yang menentang ISA.

"Hasil dari perjumpaan itu saya berpendapat kerana mereka merupakan perjuang yang membawa keadilan kepada negeri dan negara, maka keluarga kepada mangsa-mangsa itu perlu dibantu sepenuhnya," jelas beliau
Share this Article on :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© Copyright Fatamorgana Cyber 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.