Yahoo Messenger News

Politik
News Update :

PAS,Kerjasama dengan Ustazpun Jika Merompak Buat Apa?

Ahad, 2 Mac 2014

AJK PAS Pusat,Kha;id Samad mengingatkan perserikatan politik parti islam itu dalam Pakatan Rakyat berdasarkan konsep kerjasama dalam melakukan perkara-perkara yang baik dan tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Beliau menjawab tomohan pihak tertentu kononya parti PAS lebih sanggup berkerjasama dengan DAP yang majoriti  ahli dan pimpinanya bukan Islam berbanding Umno.

"Orang bertanya,kenapa PAS berkerjasama dengan DAP? isunya bukan kerjasama dengan siapa,tapi kerjasama buat apa?"soal Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Bagi pendapat FC ,apa yang dikatakan Khalid Samad ada asasnya,namun apa yang penting penerangan Khalid Samad dapat masuk dalam hati orang-orang Umno yang menjadi musuh politik PAS,PKR,DAP.
Setakat ini pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Shah Alam best-best belaka dengan sifat kesederhanaan dan senang didampingi oleh rakyat.

Jelas Khalid Lagi,jika berkerjasama dengan Ustaz pun,tapi merompak, buat apa!"kata beliau disambut ketawa hadirin pada ceramah kelompok di padang pusat komuniti  Kg Sungai Kantan.

Khalid merujuk fatwa Mufti Perak,awal tahun ini yang mendakwa seorang itu dianggap sebagai bughah(memberontak) kerana terlibat dalam himpunan membantah kenaikan harga barang menjelang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka.
Share this Article on :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© Copyright Fatamorgana Cyber 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.