Yahoo Messenger News

Politik
News Update :

Untuk meremajakan Umno hati orang lama perlu disembuhkan

Jumaat, 28 Februari 2014

Umno perlu idea baru untuk menarik orang muda menyertai perjuangannya agar dilihat tidak terlalu sejuk  dimusim dingin.

Biapun ada pendapat mengatakan usaha untuk meremajakan umno akan gagal jika orang lama masih tampil menawarkan diri bertanding untuk jawatan penting sama ada diperingkat negeri,bahagain,cawangan.

Persoalan yang perlu dihujah oleh setiap pemikir politik apakah usaha untuk meremajakan umno di dalam bahagian yang dimenangi oleh orang muda  pada musim pemilihan 2013 telah berjaya membawa idea yang sesuai dengan konsep yang dikatakan meremajakan umno.

Kekuatan Umno Malaysia  terletak  pada bahu  peringkat negeri,manakala negeri pula terletak dibahu bahagian,bahagian pula terletak dibahu cawangan,jika semua bahu dapat memikul tanggung jawab dengan sempurna, umno Malaysia akan bertambah jitu.

Jika ditanya pada orang lama(lebih tua dalam perjuangan),apakah sesebuah parti bergantung kepada sejauh mana orang muda memberi sokongan,bagi pandangan FC ,sudah tentu yang lama mengatakan persetujuannya.Jika ditanya,bagaimana andainya idea yang diketengahkan oleh orang lama untuk  meremajakan parti di tolak,tak setuju pasti menjadi jawapan.

Untuk meremajakan umno perlu digabungkan idea lama dan idea baru supaya kesefaman berlaku ia ibarat aur dengan tebing yang saling menguatkan,jika tidak dapat dilakukan sudah tentu benteng perjuangan akan retak dan lama kelamaannya akan roboh.

Dengan robohnya benteng akan wujud berbagai kumpulan yang akan membawa idealogi masing-masing, walaupun hala tuju kerarah atau tempat yang satu iaitu kejayaan cermelang.

 Umno para pemimpinya tidak kira diperingkat atas dan bawah boleh menarik sokongan orang muda  untuk bersama memperjuangkan setiap bangsa di Malaysia ini jika betul dengan radarnya
Dari sudut kefahaman dan pegangan hati setiap kepimpinan disemua peringkat perlu ada sikap ikhlas keatas  tanggung jawab yang dipikul.

Biarpun perjuangan yang dibawa oleh setiap pimpinan di semua peringkat dan sayap dalam umno itu dilaungkan,bahawa perjuangan kita benar,perjuangan kita tulus,bersih,cekap,amanah dulu kini dan selamanya,tidak akan memberi cahaya kebenaran,andainya tidak disemat  ikhlas,beradab dan taat kepada apa yang dipertanggungjawab.

Setiap perjuangan memerlukan aliran  kataatan dan adab untuk melahirkan  keikhlasan  kepada pekara yang dilakukan, bukan sahaja memadai dengan tepuk bahu dimusim memerlukan sokongan orang bawah.
Banyak pekara yang perlu di ubah untuk meremajakan umno,tidak memadai dengan bola sepak,kerana bola sepak disukai oleh orang muda.sedangkan bola sepak pada pemimpinan dahulu juga melakukan pekara sama.

Jika disetiap ucapan para pemimpin umno di mulai kalimah 'Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"mengapa tidak pemurah dengan perjuangan,tidak mengasihani pada perjuangan dan untuk mendapat rasa kasih dan sayang dalam perjuangan perlulah ada pengorbanan kepada setiap apa yang dilakukan,manakala untuk mendapat rasa belas kasihan perlu ada rasa kasih.

Jadi setiap pemimpin disemua peringkat sayap umno perlu menerima idea orang lama untuk digabungkan dengan idea orang muda ,supaya cahaya meremajakan umno tidak bercerai bagaimana kasih dan sayang.

Perlu di ketahui,bahawa luka terkena pisau tidak akan bertakup jika tidak ada kesembuhan.jadi umno di semua peringkat sayap tidak kira peringkat negeri,bahagian dan cawangan perlu mengubati luka-luka yang ada dalam lingkup sendiri jika mahu kesembuhan dangan harapan kekuatan dahulu akan kembali menyinar.

Jika tidak melakukannya,percaya dan yakinlah proses meremajakan umno tidak akan terjadi biarpun pemimpin bertukar seribu kali,biarpun idea berlian digali oleh para pemikir umno berjaya dilahirkan,namun kejayaan untuk meremajakan umno tidak akan  wujud biarpun laungan berjaya di tebarkan.

Yang lama ibarat tebing,muda pula ibarat aur,jika tinggal salah satu dari keduanya,apa akan terjadi kepada tebing ,apa akan terjadi pada aur,terimalah hakitanya,sesungguhnya kedua-keduanya akan tersungkur .
FC,sebagai penulis di media sosial ,kebiasaanya akan mengenali dan bergaul dengan berbagai pihak diperingkat pimpinan politik,tapi sayang ada pula pimpinan umno bahagian dikatakan telah meleceh idea orang lama dengan kata-kata amat menyinggung hati dan perasaan FC dan rakan-rakan lain.

FC tidak menyokong mana-mana pihak,baik UMNO dan Pakatan Rakyat.sebaliknya,''jika ada nilaian hormat kepada orang tua tidak berlaku kata-kata"idea orang lama dah tidak boleh guna,kita orang muda perlu berubah dengan idea sendiri"jika itu sikap yang ada kepada pemimpin muda dalam umno,percaya dan yakinlah,tebing akan tersungkur dan aur juga begitu.

Sikap sebegitu rupa  tidak akan membawa perubahan,walupun perubahan dilaungkan sepanjang hayat si pemimpin.

Percayalah,ramai bersetuju,bertakupnya luka terkena pisau disebab kesembuhan.Jika hati orang lama dalam perjuangan luka,tak lakukah suaranya.

Share this Article on :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© Copyright Fatamorgana Cyber 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.