Yahoo Messenger News

Politik
News Update :

Umno Selangor boleh tidur Selamanya

Ahad, 23 Februari 2014

Pendapat Pak Mail
Usaha untuk merampas kembali negeri Selangor dilingkup kuasa Pakatan Rakyat sedang dipergiat dengan hebat.

Tidak kira cerdik atau bodohnya pemimpin UMNO,tidak kira dari sayap berjenama wanita dan jenama lelaki haruslah melihat situasi semasa dalam cawangan terlebih dahulu itulah ukuran sebenar.

Dikawasan penempatan Pak Mail di Seksyen 18(Shah Alam) PERBEZAAN golongan muda menyokong Pakatan Rakyat begitu besar ,jika Umno mahu mengejar kering setelaga air belum tentu dapat menghidu baunya.

Imbas sedikit di zaman Ketua Pemuda  Umno Selangor yang berjenama laki-laki tubuh bernama Suhaimi  Mohd Ghazali yang di Baghal,di Kaldai,di Lembu oleh blogger yang fanatik BN.

Alkisahnya ,Suhaimi hanya berkata pekara benar dan disiarkan oleh Sinar Harian,ok biar Pak Mail petik yer"  Shaimi kata,'Usaha untuk merampas kembali negeri Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu tugas yang mencabar".para blogger upahan BN panas telinga dengan kata-kata itu.
Ada penulis blog siap dengan syair dan sajak ,eh pantun pun ada tak caya lihat ni'' Bodoh macam Lembu…
Malas macam Keldai….Diantara dua darjat si Lembu dengan si Keldai ini terdapat seekor lagi haiwan yang memiliki kedua-dua sifat yang disebutkan tadi. Haiwan ini dipanggil BAGHAL.
.! Tu lah syairnya yang Pak Mail masih simpan dalam buku catatan .


Selepas Suhaimi turun dari takhta,naik pula Ungku Salleh Ungku Jamal,malah 2x5 tetap 10 sampai dunia kiamat,blogger bantai juga  sampai kelantai.

Akisahnya Ungku Salleh pi tunjuk lagak menibai MB Selangor mengenai isu Bas jelajah merdeka rakyat yang disimbah cat,ok lihat keratan akhbar sinar kat bawah eh..
Blogger tibai Ungku Salleh dengan ayat nyata lagi jelas,begini ayatnya""Sepatutnya  Ungku Salleh  suluh diri dengan  lampu 10  bateri   sebelum  mempersoalkan tempoh 48 jam yang diberi pada menteri besar Selangor  bagi  memberi  penjelasan mengenai bas bernombor BLU 8779 ,sedangkan sejak Ungku Salleh memegan jawatan Ketua pemuda Umno Selangor  bukan 48 jam tapi dah bertahun bisu dari mendekati pemuda Umno sendiri ,tapi sibuk pula dengan  masalah orang lain" itulah bunyinya...ha ha ha..

Bila Ungku Salleh ada terkena penyakit sawan Mahkamah..


Zainuri Zakaria ambil alih tugas(lantik) yang mencabar dan harapan pemuda Selangor meninggi gunung agar semangat lemah gemalai Pemuda Umno negeri  selama ini dapat dipulihkan.tapi sayang 2x5 tetap 10 sampai dunia lebur.



Setelah kedudukan dalam Umno dah meningkat,daripada Ketua Pemuda Bahagian Klang kepada ketua Pemuda Negeri,Zainuri pun menjadi tumpuan media,,Kenyataan Zainuri dalam Sinar pula begini"" Umno perlu mengurangkan budaya poyorisme dalam kalangan ahlinya. "Program-program yang dilaksanakan juga  mestilah tidak bersifat ‘syok sendiri’.

Bagi penilaian Pak Mail,Ayat ini yang terbagus dan terimakasih Sinar Harian melebarkan berita,''Pemuda Umno seharusnya belajar untuk menjadi 'role model' bagi menarik anak muda  oleh itu budaya poyorisme harus dielak bagi memastikan anak muda tidak meluat dengan Umno.

Ketua Pemuda Umno Selangor yang terkini sedar atau tidak sebelum mengeluarkan kenyataan mahu pemuda menjadi rol model.Rol model apa jika keperibadian individu dalam pemuda Umno tidak dijaga dengan baik.

Jadi,tak usah pertikaikan segalanya kerana pemimpin Umno sendiri melahirkan budaya poyo dengan gaya program syok sendiri dikalangan ahlinya.

Jadi,Umno Selangor boleh tidur selama-lamanya,...bai-bai-bai..

Terima kasih Pak Mail yang sudi menulis berita dan menyampaikan sendiri pada saya,...
Share this Article on :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© Copyright Fatamorgana Cyber 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.