Yahoo Messenger News

Politik
News Update :

Jika pemimpin UMNO Bapa British,Bapa Pembohongan,Bapa Munafik,pemimpin PAS dan PKR bapa apa?

Khamis, 27 Februari 2014

Rakyat Malaysia pasti tahu enam wajah pada gambar yang FC sengaja papar disini semuanya Islam namun ada pekara yang kurang enak ditenung adalah kapsyen di bawah sebahagian daripada enam wajah.

1-Bapa Beritish.Rasanya FC tak perlu bagitahu nama penuh kerana yakin dan percaya rakyat Malaysia tahu siapa dia dan jasanya pada negara yang didiami oleh Kaldai dan Baghal yang melebalkan beliau sebagai bapa British.
Pemimpin politik negara serta yang berdaftar sebagai ahli UMNO.PAS,PKR,malah DAP tahu sebut Amanat Haji hadi yang di gelar Tuan Guru.

Mengenai amanat itu Khalid Samad bulan 12 tahun 2012,dalam sidang medianya berkata,baca penuh,"Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.

Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya.

Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.

"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya".



Sila dengar betul-betul bekas fanatik PAS mengakui ketaksubannya dengan Amanat Haji Hadi dan satu pekara yang perlu difikirkan,undang-undang manakah yang diamal oleh para pengamal undang-undang dari kalangan ahli PAS.Dalam Amanat Haji Hadi terang dan jelas mengatatkan,"MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, 
MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYAH. 

Jadi pemberi label kepada pemimpin yang berjasa kepada kemerdekaan Negera sebagai "Bapa British"nak beri label apa pula kepada Haji Hadi,nak beri label apa pula kepada pengamal undang-undang di kalangan ahli PAS.

2-Bapa Pembohongan,Ini pun memang dikenali oleh rakyat Malaysia.
Pasti ramai yang kenal dengan Anwar Ibrahim yang mahu kesamarataan yang mana ayat yang paling popular di media maya depan belakang sama sahaja.

Sebelum itu mari tonton video janjinya dengan masyarakat india di Kampung Buah Pala.


Dah tontonkan,tapi apa jadi dengan Kampung Buah Pala,jadi apakah label yang layak di letakkan pada beliau,kenapa si Kaldai dan Baghal yang melebalkan Mahathir sebagai bapa Pembohong tidak letakkan label pada Anwar dan paparkan di blognya.

Mengenai Bapa Hadhari FC tak mahu sentuh,bukan apa,kerana FC sendiri tak berminat dengan gaya kepimpinannya.

Teruskan kepada Bapa Munafik

3-Bapa Munafik.

Tahukan batu asas apa ni? baca penerangan ringkas di bawah
Jambatan Palekbang, yang menghubungkan antara Kampung Cina di Kota Baharu dengan Kampung Palekbang di sebelah Tumpat, adalah satu manifestasi kegagalan kerajaan PAS Kelantan pada 1996. 
Projek meletak batu asas pembinaan jambatan yang menjadi isu itu dilakukan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 


Kenapa Kaldai dan Baghal yang melebalkan Perdana Menteri .Datuk Seri Najib tidak melebalkan kepimpinan kerajaan Kelantan pada tahun 1996 sebagai munafik, kerana tidak tunaikan janji dan di letakkan pada blog atau di publiskan dilaman-laman sosial lain.

FC hanya sekadar menjawap berpandukan wajah-wajah pemimpin Islam yang telah dilebalkan oleh Kaldai dan Baghal media sosial yang tidak PRO kerajaan.

FC bukan membuat jawapan berdasarkan kepada sokongan kepada UMNO/BN dan FC sendiri memilih jalan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Share this Article on :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© Copyright Fatamorgana Cyber 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.