Yahoo Messenger News

Politik
News Update :

Jual beli tanah antara perbadanan Menteri Besar dan Tropicana untung rakyat

Ahad, 13 April 2014


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat pencerahan tentang isu jual beli tanah antara syarikat perbadanan Menteri Besar  iaitu syarikat milik penuh kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju Tropicana adalah satu perkongsian pintar dan geliga kedua-kedua belah pihak.

Syabas Menteri Besar yang mematikan wasangka buruk para teruja Umno terhadap kerajaan Selangor berhubung pekara berkait.
Sedangkan melalui perjanjian jual beli antara dua syarikat itu dijangka memperolehi RM1.3 billion dalam tempoh 20  dan tidak mustahil Selangor akan kekal sebagai negeri di Malaysia berpendapatan tinggi.

Rakyat  tahu rekod kecekapan Kerajaan Selangor  begitu baik sehingga PRU ke 13, Umno atas tiket Barisan Nasional berhempas pulas dan sanggup berhabisan ringgit tetapi gagal sama sekali dan terbukti Ringgit bukanlah gula-gula yang manis, sebaliknya dianggap sebagai alat oleh rakyat untuk pekena Barisan Nasional yang ada dalamnya Umno.Natijahnya,rakyat menembak Barisan Nasional dengan peluru subsidi dari persekutuan.

Dengan perjanjian jual beli tanah itu kerajaan negeri akan memperolehi pembangunan infrastruktur dan pasarana di atas atanah seluas 424 ekar itu sepanjang tempoh pembangunan dilakukan di Canal City tersebut,walaupun selama ini Selangor dikatakan akan bankrap tetapi Umno Selangor lah muflis idea setelah gagal menumbang segala macam strategi dari pakar-pakar dalam kerajaan negeri.

Walaupun di goyang,diboom dengan pelbagai isu oleh Umno,terbukti kerajaan negeri Selangor tidak meletup.ini menunjukan rakyat tahu dan bijak menilai keberkesanan corak pentadbiran apabila tingkat demi tingkat tangga kejayaan di kecapi.
Prinsip Pakatan Rakyat dalam urusan pentadbiar aset seperti hartanah  dan lain-lain adalah memberi  mata nilai yang tinggi atau tertinggi mengikut keadaan semasa kepada aset tersebut bagi memberi manfaat kepada semua pihak.

Kerajaan Negeri Selangor membuka mata musuh politiknya  apabila bertindak menjual tanah berserta dengan plan pembangunan,sebab itulah rakyat Selangor semakin hari semakin celik minda demi tidak mahu di lembukan sebagaimana semasa pemerintahan Baraisan Nasional SEBELUM 2008.

Rakyat Selangor sudah lama yakin dan terus yakin dengan kerajaan negeri hari ini kerana kepakaran yang ada pada kerajaan kenapa tidak boleh melakukan terbaik demi kemakmuran bersama

Sudah Pasti hal ini boleh dilakukan memandangkan kerajaan negeri mempunyai para pakar yang tidak boleh dipertikaikan kemampuan walaupun musuh politik  kepada Pakatan Rakyat  sedang  lastik kepala lembu-lembu mereka kononya kerajaan negeri tak cerdik jual tanah harga murah dan sebagainya

 “Hal ini boleh dilakukan kerana kerajaan negeri mempunyai pakar di dalam merancang pembangunan dan kelulusan berkenaan dengannya terletak di dalam kuasa kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

 Khalid berkata, melalui perancangan asal pada 2003, pembangunan Canal City melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM1.345 bilion, manakala keuntungan keseluruhan projek adalah RM74 juta bagi tempoh 20 tahun dengan PNSB hanya memperolehi  RM22.2 juta.
“Ini jauh berbeza dengan penjualan tanah dengan pelan pembangunan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat melalui MBI dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB),” katanya.
UMNO Selangor sebelum ini mendesak kerajaan Selangor segera memberi penjelasan berhubung perjanjian jual beli tanah projek berkenaan yang dibuat ketika kerajaan sementara memerintah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata beberapa keraguan dipercayai timbul dalam urusan penjualan tanah projek Canal City itu.
Noh berkata, berlaku ketirisan dalam urusan perjanjian jual beli kerana penjualan tanah ditandatangani pada 15 April 2013, iaitu ketika kerajaan sementara memerintah.
“Selain isu perjanjian ketika DUN sudah dibubarkan, harga penjualan tanah juga menimbulkan keraguan kerana harga yang diumumkan ialah RM844 juta bagi kawasan seluas 1,172 ekar atau 474 hektar, sedangkan harga sebenar ialah RM1.7 bilion,” katanya.

Menjelaskan perkara itu, Khalid berkata perjanjian antara Tropicana dan PNSB adalah berdasarkan nilai “Gross Development Value” pada RM8.64 ribu juta yang melibatkan 748 ekar tanah yang boleh dibangunkan serta 424 ekar tanah untuk pembinaan infrastruktur dan prasarana.

“Ini bermakna purata nilai tanah yang boleh dibangunkan adalah sejumlah RM1.15 juta satu ekar. Manakala kos untuk pembinaan prasarana pada lazimnya adalah sejumlah RM10 satu kaki persegi, yakni pemaju perlu membelanjakan sejumlah RM136 juta untuk prasarana.
“Pada 19 Mac 2014, Tropicana melaporkan menjual 308.72 ekar tanah yang menjadi sebahagian daripada tanah pembangunan seluas 1,172 ekar kepada Eco World Development Group Berhad pada harga RM470.67,” katanya.

“Maka terdapat dakwaan bahawa Perjanjian Jual Beli Tanah dan Pembangunan yang ditangani oleh MBI dan Tropicana pada April 2013 yang lalu adalah cuai dan kerajaan negeri menjual tanah tersebut di bawah harga pasaran. Apatah lagi Tropicana turut memukul gendang kononnya mereka  mendapat keuntungan atas angin berjumlah RM170 juta hasil daripada penjualan tersebut,” kata Khalid.

Beliau menegaskan, pihak umum bagaimanapun gagal melihat bahawa kos pembinaan infrastruktur adalah sebanyak RM10 kps dan pastinya penjualan 308.72 ekar tanah pada harga RM470.67 juta mengambil kira faktor ini.

“Berikutan dengan transaksi di antara Tropicana dan Eco World tersebut, kerajaan negeri  berhasrat untuk merealisasikan pelaksanaan perjanjian dengan lebih awal tanpa menunggu pelan pembayaran berperingkat yang dicadangkan di dalam Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani bersama Tropicana.

“MBI melalui PNSB selaku Pengurus Projek Pembangunan menawarkan kepada Tropicana penjualan tunai berdasarkan Nilai Bersih Terkini tanah tersebut sejumlah RM844,298,433 yakni RM1.15 juta seekar bagi mendapatkan nilai potensi besar hasil penjualan tanah itu.
“Menerusi tawaran terbaru yang dibuat kerajaan negeri, nilai tanah yang dijual kepada Tropicana merupakan harga terbaik, sekaligus menyangkal dakwaan bahawa ianya dijual di bawah harga pasaran.

Share this Article on :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© Copyright Fatamorgana Cyber 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.