Yahoo Messenger News

Politik
News Update :

Pandang-Pandang

Cerita Rakyat

Politik

Apa-Apa

Jenayah

Terkini

MCA kaji kedudukan dalam BN jika Umno sokong hudud

Khamis, 8 Mei 2014

Dah dah lah jilat kaki pemimpin

Ahad, 4 Mei 2014

Sokong bagai nak rak,masuk lubang tak per,masuk longkang tak per,singkat kata,semua boleh dilakukan asalkan demi pemimpin-pemimpin dalam parti yang dicintai dan disayangi.

Ada parti yang memperjuangkan bangsa,adari parti kononya berlandaskan Agama dan macam-macam lagilah jika mahu di fikirkan.

Hari ini,ramai yang sedar segala apa yang dilakukan selama ini  mereka hanya dianggap penukul dan paku yang boleh hempok bila-bila,sama ada siang oleh malam oleh pemimpin,manakala hasilnya dikaut oleh pemimpin sehingga pecah perut atau perutnya sampai kelantai.

Bagi yang telah sedar tak mungkin lagi mereka akan melakukan kelakuan hamba abdi kepada tuannya,kerana sedar yang diri hanya dijadikan alas tempat pijak tapak kaki para pemimpin menuju bagi mendapatkan kuasa dan harta.

Sedarlah wahai umat,jangan perhambakan diri pada pemimpin yang konon bertanggungjawab dan sebagainya,kerana yang rugi adalah kita.

Dalam susana mencari kuasa dan harta,orang macam kita inilah dilembu dan di kambingkan oleh pemimpin kerana mereka tahu RM50 sudah boleh dihambakan tidak kira masa sama ada sianag dan malam,sehingga sanggup berbalah sesama bangsa dan agama.

Apabila berlaku sesuatu semasa diri berkerja untuk mereka,sudah tentu para pemimpin akan melawat sekali dua sambil memberi bantuan,selepas itu mampus pun depa tak pedulu lagi.

Memadailah dengan sikap sederhana,kalau pemimpin senyum kita senyumlah,namun cukuplah mencium tangan sehingga seperti mahu jilat,kerana itu yang rugi adalah diri.







Seburuk-buruk dipandang sekalipun Wan Azizah tetap bertudung. Rosmah Bini Najib bila?

Seburuk-buruk dipandang sekalipun Wan Azizah tetap bertudung.
Rosmah Bini Najib bila?
FMC tidak mahu kata apa-apa tentang perhimpunan tolak GST pada 1 Mei yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat,kerana itu kehendak rakyat yang mahu menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa dalam keadaan poket rakyat nipis kerajaan pula laksana macam-macam kononya demi rakyat,tapi pemimpin gosok bahu rakyat dekat-dekat PRU.

Hari ini kerajaan perlu tahu apabila rakyat berhimpun membantah sesuatu yang di laksanakan oleh kerajaan sebenanrnya itu adalah amaran kegoncangan politik di pihak pemerintah semakin kuat biarpun kerusi Parlimen dan DUN masih lagi majoriti.

Dalam keadaan  semua sibuk berbicara GST yang boleh dikatakan telah di gasak oleh Pakatan Rakyat sehingga telanjang,sebab itulah perhimpunan pada 1 Mei adalah amaran kegoyangan politik dipihak pemerintah sedang berlaku,dan silap-silap PRU 14 nanti  ada yang mati terkejut.

Kerajaan juga mesti ambil tahu secara langsung bahawa  pada perhimpunan tolak GST pada 1 Mei seramai 25 ribu itu hanyalah sebahagian sahaja.

Maknanya,kerajaan akan terinaya dengan perancangan sendiri apabila PRU 14 tiba udah pasti berubahnya akan bertambah-tambah kerusi parlimen dan DUN bagi pihak Pakatan Rakyat.

FMC percaya dan yakin.jika kerajaan tidak dapat basmi buaya rasuah,dan lubang tiris sebagaimana laporan audit negara tidak dapat diselesaikan dengan membunuh sikap para penjawat awam yang tidak bertanggung jawab sudah pasti kecemerlangan dan kegemilangan UMNO akan tinggal rangka yang hanyir dalam lipatan sejarah politik melayu .

Jika dahulu UMNO setiap kali berceramah tak lupa berpesan jangan fanatik,taksub dan sebagainya.namun sayang kefanatikan itu kini sudah menghantui UMNO apabila pemimpin-pemimpin bilis dalam kawasan tidak boleh ditegur kelakuannya.

Daripada apa yang berlaku hari ini,kerajaan jangan perlekeh usaha Pakatan Rakyat untuk menduduki pusat pentadbiran negara Puterajaya.















MH370: Keluarga tak setuju keluar sijil kematian

Selasa, 22 April 2014

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang dan kru MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat. 

Pengumuman tersebut akan dilakukan sejurus mendapat pengesahan daripada pakar berkaitan, kata Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370, Datuk Hamzah Zainuddin, seperti yang dilaporkanBerita Harian, hari ini.

Hamzah yang juga Timbalan Menteri Luar, pelbagai pendekatan diambil bagi memastikan kehidupan waris penumpang diteruskan walaupun sukar menerima kehilangan ahli keluarga mereka.

Beliau berkata kerajaan turut melantik Naib Presiden MCA, Datuk Paduka Chew Mei Fun sebagai wakil khas Malaysia untuk sebarang sesi perbincangan bersama kerajaan China.

Bagaimanapun, kebanyakan keluarga penumpang enggan menerima pengumuman tersebut selagi tiada sebarang bukti kukuh yang diperoleh tentang kehilangan ahli keluarga mereka.

Di Shah Alam, waris kepada salah seorang penumpang pesawat terbabit, Mohamad Nizam Mustafa, 42 berkata keluarganya tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan mengumumkan tiada penumpang yang terselamat.

Abang kepada Suhaili Mustafa itu berkata cadangan kerajaan itu tidak masuk akal apabila hendak mengeluarkan sijil kematian, sedangkan tiada sebarang bukti kukuh menunjukkan semua penumpang dan kru meninggal dunia.

"Sehingga kini, keluarga masih menaruh harapan tinggi untuk Suhaili pulang selamat, berikutan tiada bukti menyatakan mangsa ditemui mati.

"Kami masih keliru dengan status mangsa nahas MH370 dan tidak bersedia mengisytiharkan kematian Suhaili. Perkara ini tidak boleh dilakukan kerana pencarian pesawat masih belum berakhir," kata beliau seperti dilaporkan.

Malah, beliau dan keluarga dikatakan tidak akan menerima tawaran jawatankuasa terbabit bagi mengeluarkan sijil kematian Suhaili, selain tidak melakukan sebarang tuntutan berhubung tawaran lain yang diberikan kepada Suhaili.

Perkara sama turut dirasai seorang lagi waris penumpang MH370, Tan Tuan Lay, 53 yang merupakan ibu kepada Chew Kar Moi, 31 tahun.

Beliau tidak menerima sijil kematian anaknya kerana berpendapat segala-gaknya masih tidak pasti.

Selagi tiada bukti kukuh bahawa anaknya memang sudah tiada, tambah beliau hatinya tidak akan menerima sijil tersebut.

Malah, beliau beranggapan seolah-olah semua pihak sudah berputus asa untuk terus mencari pesawat berkenaan yang sudah hilang sejak 44 hari lalu.

"Bagaimana kami hendak terima, sedangkan pelbagai spekulasi timbul, seperti ia tidak terhempas sebaliknya berada di suatu lokasi lain," kata beliau seperti dipetik.

Hatinya turut berat untuk menerima 'kematian' tersebut sedangkan bangkai atau serpihan pesawat tersebut langsung tidak ditemui.

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada terlibat dalam pemberian satu geran R&D Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (Mosti), bernilai RM100 juta kepada sebuah syarikat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau mempunyai bukti berupa surat kelulusan dari Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin kepada NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd untuk pembangunan "gasifier steam boiler plant" iaitu sebuah projek komersil.

Surat kelulusan itu merujuk kepada surat daripada Pejabat Perdana Menteri yang bertarikh 21 November, 2013 selepas syarikat terbabit menulis surat permohonan kepada Najib selaku perdana menteri pada 15 November, 2013.

Beliau berkata, pemberian geran untuk perojek komersil dengan jumlah dana rakyat sebanyak RM100 juta itu bertentangan dengan prosedur biasa.

Ini kerana geran maksima yang dilaporkan bagi satu projek (mengikut Laporan Tahunan MOSTI) ialah sebanyak RM2 juta dibawah Technology Acquisition Fund (TAF).

Malah kata beliau, geran R&D diberikan adalah bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, bukannya untuk satu projek komersil yang melibatkan dana ratusan juta.

"Ini adalah salah satu geran yang terbesar pernah diberikan. Dibawah skim geran R&D Mosti hasil campur tangan perdana menteri sendiri yang membayangkan ia tidak mengikuti prosedur," katanya Rafizi.

Mengulas lanjut beliau berkata, jika syarikat ini diberikan geran sedemikian rupa besarnya iaitu RM100 juta, apakah MOSTI bersedia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat lain yang mengusahakan projek komersil seumpama itu atau terlibat di dalam industri teknologi juga boleh memohon geran untuk membiayai projek-projek mereka?

Menurut Rafizi, oleh kerana jumlah RM100 juta yang diberika ini adalah dalam bentuk geran, maka NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd mungkin tidak perlu membayar balik satu sen pun kepada kerajaan. 

"Kita telah menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC (bukannya geran) pun tidak dibayar balik kepada kerajaan, apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan sebagai geran.

"Ini hanyalah satu projek yang menunjukkan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan memberi arahan kepada MOSTI agar geran RM100 juta diberikan kepada sebuah projek komersil. 

"Kita tidak tahu berapa banyak lagi campur tangan dan arahan seperti ini yang dibuat oleh beliau selama ini kerana peruntukan geran R&D adalah besar iaitu sebanyak RM1.1 bilion," katanya sambil mendakwa mempunyai beberapa lagi dokumen lengkap.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/27290-ada-bukti-campurtangan-pm-dalam-geran-rm100-juta

AiU: Adakah kementerian pendidikan sudah 'dibeli'?

Rabu, 16 April 2014

KUALA LUMPUR: PAS hairan mengapa tiada satu kenyataan keras dibuat terhadap pentadbiran Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) ekoran perlanggaran jelas terhadap Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata "seperti ada sesuatu yang tidak kena" dalam sistem pendidikan negara.

"Kementerian harus tampil dengan satu kenyataan lebih keras, tak cukup hanya sekadar 'akan bincang'.

"Saya tak tahu kalau kementerian sudah 'dibeli' oleh AiU, atau menteri dan timbalan menteri juga 'dibeli' oleh AiU," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penutupan AiU dan notis penutupan yang didakwa tidak mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Menurut peruntukan akta itu, notis penutupan sepatutnya dibuat dalam tempoh setahun sebelum ditutup.

Semalam enam daripada siswa dari kampus yang diurus Yayasan Albukhary, milik hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary itu, memfaikan saman di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Alor Setar atas isu sama.

Mereka menamakan AiU sebagai defendan pertama manakala Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.

Mereka mendakwa hanya diberitahu secara lisan pada Februari lalu bahawa universiti itu akan ditutup dan perlu dikosongkan selewat-lewatnya Jun ini.

AiU selama ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penuntut yang rata-rata daripada golongan susah dari seluruh dunia.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, pihak kerajaan tidak boleh memilih bulu dalam bertindak biarpun Syed Mokhtar adalah individu yang memonopoli banyak sektor strategik negara.

"Perlu ambil tindakan tegas terhadap AiU tanpa mengira ia milik Syed Mokhtar.

"Kerajaan tak boleh pilih bulu," jelas beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Yayasan Albukhary diasaskan pada 1996 atas prinsip taqwa dan ihsan.

Yayasan itu mula mendapat perhatian apabila membantu orang Islam dan komuniti terpinggir akibat kemiskinan, perang dan bencana alam termasuk mempromosi kebudayaan Islam dan biasiswa bagi orang Islam dan bukan Islam.

Hudud: Cukup dengan kenyataan Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penjelasan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung persoalan hudud semalam sudah memadai setakat ini.

Beliau berkata, dengan penjelasan Presiden PAS itu, beliau dan juga pimpinan PAS yang lain tidak perlu lagi melangkaui untuk mengulas lanjut perkara itu.

"Cukup dengan kenyataan Presiden PAS itu dan saya mendukung penuh kenyataan itu," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau menjelaskan demikian ketika diasak wartawan media arus perdana agar mengulas isu itu dalam konteks pendirian parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Terdahulu, pada sidang media itu beliau membangkitkan isu penutupan Universiti Antarabangsa Albukhary dan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bercakap kepada Harakahdaily selepas itu, Mahfuz bagaimanapun berkata, pihak PAS sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan berhubung isu itu kepada semua pihak.

"Yang penting Umno itu sendiri perlu mengotakan janji untuk menyokong sebarang langkah yang kita ambil dalam isu ini," kata beliau.

Semalam, Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditanya pemberita berkata, terpulang kepada mana-mana parti termasuk dalam Pakatan Rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap usaha pelaksanaan hudud di Kelantan.

Ini kerana katanya, tidak ada sebarang perjanjian untuk menghalang PAS daripada mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Persedirian berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.

"Isu hudud di Kelantan ini mendahului Pakatan Rakyat. Ianya sejak tahun 90-an. Awal lagi sebelum ada Pakatan Rakyat.

"Dengan sebab itu tidak ada masalah untuk kita kemukakan (RUU Persendirian).

"Adapun pendirian parti lain, terpulang kepada mereka. Kita konsisten dalam isu ini," kata beliau yang ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Terengganu, semalam.

Beliau juga menjelaskan bahawa PAS menyokong penuh tindakan Kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang mahu mengemukakan RUU Persedirian itu selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Ketetapan 2011

Ketika isu ini hangat diperkatakan pada 2011 lalu, Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian bersama dalam isu ini melalui satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 29 September di Pejabat Agung PAS.

Dalam sidang media yang dihadiri bekas Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu, mereka mengumumkan mengambil pendirian menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Ia termasuk menghormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Mereka juga bersetuju memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yang wujud sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan itu menjadi asas dalam membincangkan isu hudud ini dan ianya terus terpakai sehingga sekarang.

MH370: Najib putar belit kenyataan, kata Anwar

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa memutar belitkan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kehilangan pesawat MH370.

Menurut Anwar, kenyataan sebenar beliau sebagaimana dilaporkan akhbar China Sourthen Weekly menjelaskan beliau akan mengambil masa satu saat untuk membuat keputusan apakah tindakan yang perlu diambil demi keselamatan rakyat bukannya menyelesaikan.

Bagaimanapun Najib di dalam Bernama semalam melaporkan Anwar dikatakan mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam sesaat.

"Bernama membuat terjemahan yang salah dalam laporan akhbar China Sourthen Weekly.

"Seperti biasalah senjata fitnah Umno ialah menyerang dan tidak rujuk kepada kenyataan sebenar," tegas Anwar dalam sidang media di Ibu pejabat PKR, Tropicana hari ini.

Bernama memetik kenyataan Anwar dalam media China Southern Weekly pada 5 April yang dikatakan mampu berbuat demikian jika menjadi perdana menteri

Tegas Anwar dalam isu ini Najib dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein wajar menjawab soal pokok mengapa radar Markoni yang dipasang tidak dapat mengenal pasti pesawat pada jam satu pagi kemudian berpatah balik.

"Macam mana lima negeri tidak dapat kesan? Ini satu kesalahan dan kecuaian yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Mengapa radar ratusan juta di Gong Kedak gagal?

"Radar itu akan dapat mengesan, dan keluar isyarat lampu merah berulang kali dalam tempoh tiga minit akan sampai ke ruang TUDM berdekatan. Kemudian jet ini akan tengok keadaan dan iring pesawat untuk mendarat di mana-mana lapangan terbang," kata Ketua Pembangkang itu.

Malangnya kata beliau, pemimpin Umno sibuk mencari kekayaan sehingga lupa keselamatan negara terancam.

"Apa kata pesawat itu, ambil keputusan untuk serang?Jawab TUDM ini pesawat komersial. Dia lupa peristiwa 11 September pesawat komersial yang terlibat," katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa sehingga kini kerajaan belum mendapat maklumat kargo yang sedang dipertikaikan kerana muatan empat tan manggis kononnya dari Muar. 

"Adakah masyarakat dunia terima kenyataan ada empat tan manggis diluar musim?Tidak tahulah ada gudang besar yang simpan manggis," bidas Anwar.

Hudud di Kelantan: PKR tunggu penjelasan PAS

Selasa, 15 April 2014

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil pendirian menunggu keputusan dan penjelasan daripada Lajnah Politik PAS berhubung usaha Kerajaan Kelantan menguatkuasakan hudud di negeri itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu sudah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat tetapi belum ada keputusan sehingga diperincikan di peringkat Lajnah Politik PAS Pusat.

"Barulah PKR boleh mengambil pendirian selepas PAS memberi penerangan, mekanisma, kesan undang-undang itu. Sudah tentu kami kena bincang semula. Kami sedia berbincang," katanya dalam sidang media di ibu Pejabat Keadilan di Tropicana hari ini.

Katanya, Pakatan Rakyat telah mencapai tiga perkara dalan isu ini antaranya, Majlis Presiden menghormati enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang melalui Dun yang sah pada 1993 sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Bahkan katanya, Majlis Presiden juga akui kerjasama politik Pakatan Rakyat untuk mengalahkan kerajaan BN jika tidak ketidakadilan rakyat akan terus dirasai.

"Pakatan Rakyat akan menggunakan saluran politik pilihan raya untuk kalahkan BN. Ini keputusan terakhir yang masih kekal.

"Keputusan sekarang Pakatan Rakyat terikat dengan keputusan itu. PKR juga terikat," katanya.

Tegas Saifuddin, seluruh pimpinan Pakatan Rakyat memberi keutamaan kepada kerjasama ke arah politik untuk jatuhkan BN.

"Ini harus diberi keutamaan seluruh pimpinan. Saya suka anjurkan keutamaan kukuhkan Pakatan Rakyat bagi mendepani Umno BN," tambahnya.

Motif dedah urusniaga anak syarikat Felda-Israel dipersoal

KUALA LUMPUR: Motif pendedahan urusniaga Felda dengan Israel dan hubungan Mazlan Aliman (bold) dengan PAS menjadi antara isu utama soal balas peguam plaintif pada sesi perbicaraan saman fitnah Felda terhadap Mazlan dan enam yang lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.
Mazlan, 48, ketika memberikan keterangan menafikan dakwaan peguam plaintif,   Datuk Mohd Hafarizam Harun bahawa segala dakwaan urusniaga Felda dengan Israel yang dibuat Mazlan hanya semata-mata untuk meraih publisiti dan sokongan politik.
Hafarizam turut bertanyakan jawatan yang disandang Mazlan dalam PAS, undi yang diperolehinya bagi jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat semasa muktamar pemilihan dan kawasan yang ditandingi beliau pada pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013.
Menyanggah dakwaan Hafarizam, Mazlan berkata isu berkaitan Felda telah diperjuangkan beliau sejak tahun 1990 (sebelum beliau menjawat jawatan penting dalam PAS).
Terdahulu daripada itu, Hakim Lee Hen Chong mengetepikan bantahan peguam defendan yang mempersoalkan relevansi beberapa dokumen pembelaan selepas mendengar penjelasan peguam defendan, William Leong dan Nasar Khan Mirbas Khan.
Mazlan ketika menjawab soalan peguam defendan berkata, pihak pengurusan Felda enggan menerima memorandum yang ingin disampaikan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dalam himpunan membantah urusniaga Felda dengan Israel pada 23 November 2012.
Perhimpunan yang dihadiri lebih 2000 orang itu, ujarnya diadakan bagi memohon penjelasan Felda berhubung dakwaan urusniaga anak syarikat Kumpulan Felda, Felda Iffco Oil Products Sdn Bhd dengan Bunge Agribusiness Singapore Ptd Ltd yang mempunyai kepentingan Israel.
Selain Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, turut dinamakan dalam writ saman Felda ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah, Taufek Yahya, wartawan Mohd Arif Atan, syarikat pencetak Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd. dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Defendan diwakili Mohamed Hanipa Maidin, William Leong, Nasar Khan Mirbas Khan dan Azhana Mohd Khairuddin manakala kumpulan peguam plaintif diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Perbicaraan bersambung di sebelah petang.

Mahkamah Tinggi ketepi perintah penghakiman ingkar

Asmuni (kiri) bersama pemimpin PAS Pusat dan negeri yang turut hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pagi ini.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Demikian dimaklumkan peguam Asmuni Awi ketika dihubungi sebentar tadi. 

Menurutnya, hakim memutuskan demikian dengan alasan penyerahan saman tidak teratur iaitu diserahkan kepada pihak yang tidak wujud.

Selain itu, katanya penghakiman ingkar RM2 juta yang diperolehi oleh plaintif tidak mengikut kaedah mahkamah 2012.

“Jadi mahkamah memerintahkan defendan masukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari bermula hari ini untuk tetapkan pengurusan kes pada 18 Mei,” ujarnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Februari lalu mengarahkan Presiden PAS membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh bekas calon PKR itu, Mohd. Shamsul Mat Amin. 

Berikutan itu, Asmuni telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada keesokan hari.

Gaji MB, Exco, Speaker dipotong masuk Tabung MES

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini membentang perbekalan tambahan sebanyak RM494 juta bagi menampung pembangunan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perkara tersebut ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan kali pertama 2014 di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) pagi ini.

Selangor sebelum itu telah meluluskan Bajet 2014 sebanyak RM1.85 bilion dan melalui perbentangan itu perbelanjaan kerajaan negeri meningkat RM2.34 bilion.

"Bagi perbelanjaan Pejabat Dewan Negeri Selangor (DNS) sebanyak RM5.9 juta diperuntukan.

"Manakala untuk Perbendaraan Negeri Selangor pula RM251 juta disediakan dan caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri sebanyak RM237 juta diperuntukkan," ucap beliau.

Khalid berkata RM5.9 juta peruntukan yang diberikan kepada Pejabat DNS bagi menampung kenaikan gaji, elaun dan bonus kepada penjawat-penjawat utama kerajaan negeri yang telah dipersetujui pada sidang yang lalu.

"Walau bagaimana pun dengan peruntukan yang disediakan ini, melalui kelulusan sebelum ini Kerajaan Selangor memutuskan untuk memotong gaji Menteri Besar, Exco, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), dan Timbalan Speaker Dun selepas menerima kenaikan pada awal 2014.

"Potongan tersebut akan didepositkan ke dalam Akaun Amanah Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," jelas beliau.

Bagi gaji Menteri Besar yang menerima kenaikan sehingga RM29,250 dipotong RM15,074.85 menjadikan 14,175.15, Exco pula dipotong RM5,250 daripada RM20,250 menjadikan RM15,000.

Manakala, Speaker Dun pula yang menerima kenaikan RM22,500 dipotong RM7,500 menjadi RM15,000 dan timbalannya pula menerima RM12,000 setekah dipotong RM3,750 daripada RM15,750 sementara kenaikan gaji Adun dikekalkan RM11,250.

Tan Sri Muhyiddin Yasin kerja 3 jam main golf 10 jam

Isnin, 14 April 2014

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin didakwa lebih banyak menghabiskan masa di padang golf daripada di majlis rasmi dalam lawatannya ke Dubai dari 8 Hingga 12 April 2014.

Menurut ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, Ketua Audit Negara perlu menyiasat bukan sahaja lawatan Muhyiddin ke Dubai ini, tetapi juga mana-mana perjalanan lain Muhyiddin yang dilakukan oleh beliau sejak kebelakangan ini.

Kata mereka, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan nampaknya sedang menikmati percutian golf lima hari di Dubai dengan dibiayai oleh wang pembayar cukai Malaysia.

“Jadual perjalanan “lawatan kerja” Muhyiddin ke Dubai, United Arab Emirates (UAE) dari 8 hingga 12 April 2014, kononnya untuk menghadiri Gulf Education and Training Exhibition (GETEX) 2014, mendedahkan bahawa penerbangan Timbalan Perdana Menteri adalah dengan menggunakan “pesawat khas,” kata mereka berdasarkan laporan blog peniupwisel2020.blogspot.com.

Mereka mendakwa beliau juga menginap di hotel lima bintang Shangri-La Dubai selama lima hari, sementara tugas Muhyiddin di GETEX hanya memerlukan beliau untuk menghadiri majlis pembukaan rasmi, merasmikan Education Malaysia Pavilion, serta menerima jemputan hormat Menteri Pendidikan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Pembangunan Masyarakat UAE.
http://peniupwisel2020.blogspot.com/

“Akhir sekali, beliau dijadual menandatangani MOU mengenai pendidikan tinggi. Semua program di atas dijadualkan antara jam 10 pagi hingga 1 petang pada 9 April, dari mana beliau akan bertolak ke Kelab Golf Montgomerie, dan kemudian disusuli dengan makan malam di atas kapal layar,” kata mereka lagi.

Steven Sim dan Zairil menambah hari-hari yang berikutnya di Dubai akan diisi dengan “program peribadi” dan makan malam tidak rasmi dengan beberapa tokoh perniagaan dan diaspora Malaysia.

“Pada hari terakhir, sekali lagi beliau mengisi masa dengan acara golf. Dalam erti kata lain, Muhyiddin menghabiskan lima hari di Dubai untuk tiga jam program rasmi berkaitan dengan pendidikan, 10 jam di padang golf dan dua hari untuk “program peribadi.” dakwa mereka.

Kedua-dua ahli parlimen DAP itu berkata rakyat mempunyai hak untuk tahu siapa yang membiayai kos untuk perjalanan mewah ini, termasuk kos “pesawat khas,” penginapan di hotel lima bintang Shangri-La Dubai untuk keseluruhan rombongan, dan kos lain berkaitan yang akan ditanggung oleh Kerajaan, termasuk Kementerian Pendidikan, Education Malaysia, TalentCorp (yang menaja makan malam diaspora Malaysia pada 11 April) dan Jabatan Perdana Menteri (di mana Pejabat TPM diletakkan).

“Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar antara semua kementerian dalam Belanjawan 2014 (RM54 bilion atau 21 peratus daripada Belanjawan Persekutuan), namun pencapaian murid sangat teruk sejak kebelakangan ini,” dakwa mereka.

Kata mereka lagi, bukan sahaja pelajar Malaysia makin merosot dalam penilaian antarabangsa seperti PISA (Programme for International Students Assessment) dan TIMSS (Trends in International Math and Science Study), KPM juga baru-baru ini mendedahkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris juga merosot dalam kalangan guru dan pelajar kita, menurut laporan oleh Cambridge English.

“Tiada sesiapa yang menafikan bahawa pendidikan adalah bidang kritikal yang harus diberikan perhatian termasuk daripada segi sumber dana, namun kerajaan perlu membelanjakannya untuk program yang benar-benar meningkatkan pencapaian pelajar dan bukannya “cuti mewah” di mana Menteri Pendidikan boleh bermain golf,” kata mereka lagi. -FMT

#MH370: Zahid Tegur Akhbar Berbahasa Cina

Ahad, 13 April 2014



Kenapa Akhbar bahasa China buat pekara yang boleh menimbulkan keluarga yang berkaitan dengan kejadian MH370 yang diratapi oleh selurah manusia di dunia ini


Bayi Pakistan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh polis

LAHORE 12 April - Sebuah mahkamah Pakistan hari ini menggugurkan dakwaan cubaan membunuh ke atas seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dalam satu kes yang menarik perhatian dunia tentang sistem kehakiman negara ini.
Bayi itu, Musa Khan, hadir di mahkamah di sini bersama datuknya sambil meminum sebotol susu.
“Polis memaklumkan kepada mahkamah bahawa dakwaan terhadap Musa dalam kes menyerang polis dan pegawai syarikat gas adalah satu kesilapan," kata peguam bela, Irfan Sadiq.
Awal bulan lalu, bayi itu bersama lebih 30 defendan lain termasuk 12 ahli keluarganya dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan cuba membunuh seorang pegawai polis dalam satu pergaduhan di kawasan perumahan di timur bandar ini.
Kejadian itu berlaku apabila sekumpulan anggota polis dan pegawai syarikat gas bertengkar dengan kesemua defendan berhubung pembayaran bil gas yang masih tertunggak.
Datuk bayi itu, Muhammad Yasin sebelum ini pernah berkata, Musa terlalu kecil untuk didakwa.
“Dia masih tidak dapat memegang botol susu dengan betul, bagaimana dia boleh melontar sebutir batu? katanya kepada sekumpulan wartawan.
Pegawai polis, Inspektor Kashif Muhammad yang berada di lokasi ketika kejadian itu berlaku dan memfailkan pertuduhan ke atas bayi tersebut juga telah digantung tugas.
Keputusan mahkamah itu dibuat selepas pertuduhan tersebut dilihat sama sekali bercanggah dengan had umur minimum bagi sabitan jenayah iaitu dari umur tujuh dan 12 tahun melainkan bagi kes keganasan.
Bagaimanapun, semua defendan lain termasuk ahli keluarga Musa masih berdepan pertuduhan sama.
Kes bayi itu menarik perhatian apabila Musa dirakam menangis di mahkamah awal bulan ini ketika cap jarinya diambil. - AFP/REUTERS

Umum

Umum

 

© Copyright Fatamorgana Cyber 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.